TAKE MY HEART
Dialog Lawak
Tuesday, 4 October 2011 22:08 | 0 comments

Mari Rehatkan minda membaca dialog dibawah....hehehe;

PERTAMAAAAAAAAAAAA!


Alkisahnya.....
situasi berlaku di dlm kelas..
*cikgu masuk kelas...



Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham? Murid : Faham, Cikgu!


Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!


Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)



KEDUAAAAAAAAAAAAAAA!



Suatu hari,sepasangan pelancong asing telah melancong ke Malaysia..mereka menggunakan perkhidmatan teksi untuk bersiar-siar..maka terjadiklah perbualan diantara mereka..
pelancong : Driver2..bgunan apakah  ini..?
driver          : oh.. ini masjid putrajaya..
pelancong : berapa tahun nk siapkan bangunan ini?
driver          : 6 tahun..
pelancong : oow..dekat tmpt sy hanya mengambil masa 3 thn sahaja..driver2..bangunan apakah ini..?
driver          :oow..ini pusat perntadbiran putrajaya..
pelancong :berapa lama bangunan ini disiapkan..
driver          : lebih kurang 8thn..
pelancong : oow..ditempat saya hny mengambil masa 4 thn..driver..ini pula bangunan aper..?mcm berkembar jerk saya tgk..
driver          : ini bangunan menara berkembar petronas..
pelancong : berapa lama hendak siapkan bangunan ini..?
driver          : entah la..semalam sy lalu bangunan ini xderk lagik..betapa tgginye bangunan inikan..?
pelancong : @#$%&? 

ketigaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Dialog 1

Seorang guru bertanya kepada anak muridnye.

Guru:Jika ayah kamu mendapat RM80 seminggu dan memberi emak kamu separuh,berapakah yang ayah kamu dapat?

Murid:PERANG!!


Dialog 2

Cikgu:''Cikgu minta kamu ceritakan tentang mak masing2''

Murid A : Emak saye seorang yang penyanyang tapi kuat berleter.



Dialog 3

Cikgu: Baiklah murid-murid...hari ini kita akan belajar ABC
Murid C: Saye tak suka ABC la cikgu, cincau ada tak?





Empattttttttttttttttttttttttttt!



abu dan seman lewat ke kelas.. setibenye mereke di kelas..
cikgu: kenape awak lambat, abu?
abu: saya lempar batu ke dalam sungai cikgu..
cikgu: kenape kene lempar batu pulak?
abu: sebab batu bagi berat sampan cikgu.. (kebetulan diorang datang ke sekolah naik sampan.)
cikgu: kamu pulak, seman?
seman: saya tolong abu buang batu, cikgu..
cikgu: berat ke batu tu?
abu dan seman: berat cikgu..
cikgu: ok, takpe.. pergi duduk tempat duduk kamu dulu
abu dan seman: baik cikgu..


lime minit kendian, datang sorang pelajar baru..

cikgu:
 eh, ade budak baru.. ha! kenalkan diri kamu..

budak baru: saye budak baru..
cikgu: tapi kenape kamu basah lencun? sape name kamu?
budak baru: name saye BATU..



p/s : maaf , saia tengah bosan , so , saya copy laa dialog2 yg lawak ini
hope enjoy ^,^ ~

OLD | NEW